Kedua-dua pengawal itu sudah bersedia untuk menyerang. Walaubagaimanapun, Ashraf masih tenang seperti kebiasaannya.
"Nemesis?" tanya salah seorang pengawal itu.
"Dari riak wajah kamu berdua, saya yakin kamu pernah mendengar nama itu,"
"Ketua Kumpulan Tigabelas, Ashraf," Ashraf memperkenalkan dirinya tanpa diminta.
Mendengar nama Ashraf, pengawal itu terus menyerang dengan pedang kantana. Ashraf mengelak libasan pedang itu dengan mudah. Dia merampas senjata itu dan menetak lawannya dengan belakang pedang.
Melihat rakannya tewas dengan mudah, pengawal yang seorang lagi meniup wisel. Ashraf tidak memberi peluang untuknya melakukan serangan, dan satu libasan pedang segara mengenai lelaki itu.
Lima orang lagi pengawal muncul setelah mendengar tiupan wisel. Salah seorang daripada mereka melepaskan tembakan ke arah Ashraf namun dapat juga dielaknya meskipun tidak semudah mengelak libasan pedang.
Ashraf mengambil sebilah lagi pedang yang tadinya dipegang oleh pengawal yang kedua ditewaskannya. Dua bilah pedang di tangannya menjadikan Ashraf sebagai lawan yang patut dielak dalam jarak dekat.
Masing-masing pengawal yang ada memegang pistol. Namun mereka ternyata kurang pintar. Oleh kerana dua daripada mereka berdiri terlalu dekat antara satu dengan yang lain. Ashraf mengambil keputusan menyerang mereka terlebih dahulu, dan kedua-duanya ditewaskan dengan mudah kerana ruang untuk mereka bergerak terlalu sempit.
Seorang lagi cuba menyerang ashraf dengan pedang tetapi tindakan itu ternyata silap. Sekali lagi Ashraf menewaskan lawannya dengan begitu mudah.
Kini hanya tinggal dua orang yang menghalang Ashraf daripada mara. Seorang di utara dan seorang di barat. Masing-masing sudah bersedia untuk melakukan serangan.
Ashraf berlari ke arah salah seorang daripada mereka. Kedua-duanya melepaskan tembakan hampir serentak. Tuah memang menyebelahi Ashraf apabila salah seorang pengawal itu terkena peluru yang dilepaskan oleh rakannya sendiri. Pengawal yang terakhir ditewaskan hanya dengan satu libasan pedang dan semuanya selesai.
Setelah berjaya masuk ke dalam banglo itu, Ashraf mendapati bahawa masih ada lebih kurang 20 orang pengawal lagi yang perlu dilepasinya.
*
Adam meninggalkan Natrah seorang diri selepas mendapatkan senjata terbaru ciptaan Aliya untuknya, manakala Aliya terus menghilangkan diri setelah urusannya selesai. Natrah masuk ke dalam rumah, terus menuju ke dalam bilik yang telah diubahsuai menjadi makmal.
Apa yang dirisaukannya bukanlah pemergian Adam ke kubu musuh, tetapi perubahan struktur DNA dalam badan abangnya itu. Walaupun DNA yang telah diubahsuai itu memberikan Adam pelbagai bakat yang diimpikan oleh setiap orang, namun itulah yang sedang meragut nyawanya secara perlahan-lahan kerana abangnya tetap hasil gagal dalam eksperimen yang dijalankan 19 tahun yang lalu.
Perubahan DNA yang drastik dalam tubuh Adam perlu dikawal untuk memanjangkan jangka hayatnya. Satu-satunya penyelesaian terhadap masalah ini adalah dengan menggunakan pakar dalam bidang DNA.
Disebabkan hal ini, setelah beberapa tahun ujian DNA dijalankan ke atas Adam, para pakar itu telah melakukan ujikaji untuk kali kedua. Eksperimen kedua hanya dijalankan ke atas seorang kanak-kanak, dan telah berjaya mencipta bakat dalam dirinya sebagai seorang pakar dalam bidang DNA tanpa sebarang kesan sampingan. Calon itu adalah NATRAH!
Penulisan Karya Online
Wednesday, January 5, 2011
Saturday, September 25, 2010
Haruskah Ep 16
Alex duduk bersendirian. Buku yang dibawanya dibelek-belek beberapa kali. Sambil itu, dia mencatat sesuatu di dalam buku nota yang diletakkan di sebelah buku teksnya. Detik waktu yang berlalu tidak disedari.
“Alex, sibukkah?” Hans menegur.
“Tidak. Sudah hampir siap,” ujar Alex sambil mengalihkan barangnya yang diletakkan di kerusi di sebelahnya untuk Hans duduk.
“Apa lagi yang awak buat?”
“Awak tengok sajalah nanti. Bila sudah siap, saya akan beritahu awak,” balas Alex acuh tidak acuh.
“Pertandingan tempoh hari bagaimana? Lulus?”
Alex menghulurkan sepucuk surat kepada Hans. Dia masih tidak menoleh.
“Wah, hebat benar kawan saya! Nanti bolehlah awak belanja makan,” Hans mengusik.
“Eh, belum habis lagi pertandingan itu! Belum tentu lagi saya dapat melepasi saringan kedua. Selepas itu masih ada lagi peringkat ketiga dan keempat. Perjalanan saya masih jauh,”
“Saya pasti awak akan menang. Paling tidak, 500 sudah dalam tangan,”
“Awak tidak habis-habis sebut fasal duit,” komen Alex.
“Zaman sekarang ini, duit penting. Orang berlumba-lumba kumpulkan duit, tapi taraf kehidupan masih tidak jauh berubah. Manakan tidak, setiap kali gaji meningkat naik, harga barang pun mulalah naik mendadak,”
“Saya dengar awak menang pertandingan esei tempoh hari. Kalau tidak silap saya, hadiahnya 1500. Takkan sudah habis?”
“Tajam juga telinga awak. Duit itu belum dapat lagilah. Poket saya sedang kering sekarang ini. Hendak minta pada ayah saya memang boleh, tapi kena sanggup tadah telingalah,”
Alex tertawa kecil.
“Takut juga awak pada ayah awak,”
“Sejak ayah saya dapat tahu saya ada pendapatan sendiri, jarang saya dapat duit dari dia secara tunai. Kalau ada pun, dimasukkan ke dalam bank. Bila dia dapat tahu duit dalam akaun semasa saya sudah berkurangan, mulalah berceramah fasal pengurusan wang. Itu yang buat saya rasa malas benar hendak ke bank. Hendak ambil dari akaun simpanan? Membunuh diri namanya,”
“Sudah nasib awak dapat ayah berkelulusan pengurusan kewangan,” ujar Alex. Dia menyambung tawa yang masih tersisa.
*
Adam membantu Hanna menyusun atur kedudukan kerusi di ruang tamu. Hans dan Alex sedang menanti ketibaan tetamu di muka pintu. Sesekali Adam mengerling ke arah kedua-dua temannya itu. Apabila memandang wajah Hanna, rasa lenguh yang menyerang mula hilang.
“Adam, marilah ke belakang. Tidak ada lagi yang hendak disiapkan di sini. Kita minum dulu, sementara menunggu tetamu yang lain,” Hanna mengajak. Adam menurut tanpa bantahan.
Sedang Adam menikmati minuman yang dibuat oleh Hanna, seorang remaja lelaki duduk di sebelahnya.
“Adi! Bila awak sampai?” Hanna menyapa.
“Baru saja,” jawab Adi.
Adam memandang wajah lelaki yang dipanggil Adi itu. Beberapa saat kemudian, dia berpaling. Degup jantungnya bertambah secara drastik.
“Ini Adam,” Hanna memperkenalkan.
“Adi,”
Adam menyambut huluran tangan Adi tanpa berkata-kata. Pandangannya hanya dihalakan sesaat ke arah Adi, sekadar menghormati. Hanna bangkit mengambilkan air untuk Adi.
Sejenak Adi merenung wajah Adam dari sisi sehingga dia kerimasan.
“Ada apa?” tanya Adam tanpa menoleh.
“Wajah awak mirip dengan seseorang,” ujar Adi.
Adam meneguk liur. Gelas di tangannya disua lagi ke mulut biarpun airnya sudah habis. Mujurlah gelas itu legap.

Wednesday, September 15, 2010
Adam Qaiser Ep 15
Abang Red menghunuskan pedangnya. Pedang yang dikatakan telah dicipta sejak seribu tahun yang lalu. The forbidden sword dikatakan boleh membelah apa sahaja termasuklah awan dan lautan.
Ashraf masih kelihatan tenang.
Abang red melibaskan pedang itu ke udara.
"Hah?" desis orang tua itu.
Ashraf tergamam. Abang Blue dan Adik Pink juga sama. Abang Red lebih teruk. Dia langsung tidak percaya apa yang dilihatnya.
Bilah pedang itu sebenarnya sudah berkarat, dan apabila dilibas, pedang yang dikatakan The Forbidden Sword itu terpatah dua. Sejak seribu tahun yang lalu pedang itu tidak dijaga dengan baik,
jadi tidak menghairankan sekiranya ia patah seperti itu.
Abang Red melarikan diri. Di belakangnya, Abang Blue dan Adik Pink juga mencicit mengekor.
"Kamu sangat hebat, orang muda," kata lelaki tua itu.
Ashraf tidak mempedulikan pujian orang tua itu dan ingin segera beredar. Lelaki tua itu menghalang.
"Nama pak cik Ismail," kata lelaki itu memperkenalkan dirinya.
"Jadi?" Ashraf membalas acuh tidak acuh lantaran dia masih penat setelah bertarung dengan Adam, disambung dengan kerenah penjenayah amatur yang entah apa-apa tadi.
"Saya sanggup bayar berapa pun untuk kamu selamatkan anak saya," lelaki itu menawarkan.
"Lebih baik pak cik cari pemburu ganjaran," cadang Ashraf.
"Tidak! Mereka pasti tidak akan dapat selamatkan anak saya," kata Ismail.
"Kenapa?"
"Kerana anak perempuan saya diculik oleh Nemesis!"
"Nemesis?" tanya Ashraf.
"Anak perempuan saya diculik oleh Nemesis untuk dijadikan perempuan simpanannya!"
"Beritahu saya! Beritahu saya segala-galanya!" pinta Ashraf separuh mendesak.
***
Adam makan dengan gelojoh. Belum sempat habis nasi di pinggan, dia sudah meminta ditambah.
"Abang ni, tercekik pula nanti," tegur Natrah.
Adam terus tersedak.
Natrah segera memberi segelas air kepada abangnya.
"Natrah baru cakap tadi," getus Natrah.
"Awak ni ada tulahkah?" desis Adam.
"Abang," panggil Natrah.
"Apa?" balas Adam.
"Natrah dah ambil sampel DNA abang yang baru. Natrah dapati yang.." Natrah tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila telefonnya berbunyi.
Beberapa ketika kemudian, Adam meletakkan telefonnya di atas meja.
"Ada apa?" tanya Natrah.
"Ashraf sudah tahu di mana Nemesis. Dia dalam perjalanan ke sana. Abang hendak ke sana sekarang," Adam memberitahu.
Adam keluar dari rumah melalui pintu hadapan. Namun, belum sempat dia mengambil motosikalnya, Adam didekati seseorang.
"Aliya?"
***
Motosikal yang ditunggang Ashraf menuju ke rumah Nemesis. Ashraf tidak mengambil duit yang ditawarkan oleh lelaki itu. Sama sekali tidak. Kerana dia memang ingin bertemu dengan Nemesis.
Sekitar 20 minit kemudian, dia telah sampai ke lokasi yang diberitahu oleh Ismail.
Jika dia adalah Adam, Ashraf pasti sudah masuk ke dalam rumah itu secara sembunyi-sembunyi, atau paling tidak bertanya kepada pengawal di situ. Tetapi Ashraf lebih suka mengambil jalan mudah.
Dia terus menuju ke depan rumah, dan perjalanannya dihalang oleh pegawai di situ. Di pinggang mereka tersisip katana yang masih bersarung.
"Nanti dulu. Apa yang kamu mahu?"
"Aku mahu tewaskan Nemesis!"

Monday, September 13, 2010
Haruskah Ep 15
Hanna membelek-belek album gambar sementara menanti Adam. Hasnah sedang duduk menghadap komputernya di bilik bacaan itu.
“Ini Adam?” tanya Hanna.
“Yang mana?”
“Bayi ini,” ujar Hanna. Dia menunjukkan gambar yang dimaksudkannya kepada Hasnah.
“Yalah. Siapa lagi kalau bukan Adam?”
“Yang di sebelahnya itu ayah Adam?”
“Ya. Ayah Adam,”
“Di mana dia sekarang?”
“Ayah Adam ke luar negeri. Saya sendiri sudah lama tidak berjumpa dia,” balas Hasnah sayu. Hanna membalas pandangan Hasnah dengan rasa kesal.
“Maaf, cik. Hanna tidak bermaksud hendak buat mak cik sedih,”
“Tidak mengapalah, Hanna. Yang penting sekarang, Adam ada dengan mak cik. Tidaklah terasa sunyi sangat. Tapi jangan sampai Adam nampak album itu,” kata Hasnah hampir-hampir berbisik. Kedengaran tapak kaki menuruni tangga di sebelah bilik bacaan itu.
Kehadiran Adam mematikan perbualan mereka. Hanna segera menyimpan album itu di tempatnya kembali.
*
Alex terpaku di muka pintu. Hans tidak mampu untuk berkata apa-apa. Adam diam seribu bahasa.
“Saya kena pergi. Kalau bukan sekarang, bila lagi masanya?”
“Patutlah Puan Linda beria-ia suruh awak datang latihan semalam. Rupanya ada juri dari sekolah sukan hendak lamar awak,” desis Hans.
“Kenapa awak tidak beritahu saya malam tadi?” tanya Adam kesal.
“Maafkan saya, Adam. Saya tidak mahu Alex dan Hans terasa hati. Kalau saya mahu beritahu kalian, mestilah saya kena beritahu semua sekali,”
“Bagaimana dengan Peperiksaan Kelas Tiga?” Giliran Alex bersuara.
“Saya tidak tahu bila saya kena pergi. Saya cuma terima tawaran itu sebab peluang macam ini cuma datang sekali seumur hidup. Belum tentu lagi saya kena pergi sekarang. Barangkali tahun hadapan,” balas Hanna.
Adam menarik nafas lega.
Alex mengerling ke arah Adam. Senyumnya terukir terlihat tawar.
Hans tunduk merenung lantai. Beberapa bebola kertas yang bersepah dikuis-kuis dengan hujung kaki.
Hanna menggenggam surat tawaran yang diterimanya daripada Puan Linda. Kelu untuk berbicara lagi.
*
Kehadiran Adi di rumah Hanna petang itu melenyapkan kesunyian yang biasanya melanda banglo dua tingkat itu. Riak wajah Adi yang sentiasa ceria benar-benar menghiburkan hati Hanna. Ada sahaja topik yang hendak dibualkan.
“Bagaimana dengan pencarian awak? Sudah berhasil?”
“Belum lagi. Tapi saya pasti dia ada di kawasan ini,”
“Sejak bila mereka pindah ke mari?”
“Kurang lebih dua tahun yang lepas,”
Hanna diam berfikir. Gambar yang diberikan oleh Adi dahulu dikeluarkan kembali dan direnung seketika.
“Awak tidak cuba tanya kawan-kawan awak?” tanya Adi.
Hanna terkedu.
“Kenapalah saya tidak terfikir?” desisnya.
“Mungkin awak sibuk. Maaflah. Saya menyusahkan awak saja dengan tugas saya,”
“Tidaklah, Adi. Bukannya susah pun. Saya sendiri pun tidak teringat tentang ini,” balas Hanna.
Adi bangkit dari buaian yang didudukinya.
“Saya kena pulang sekarang,” ujarnya.
Hanna menghantar Adi sehingga ke pintu pagar.
“Seminggu lagi di rumah saya ada buat jamuan. Awak datanglah. Manalah tahu awak jumpa dia hari itu,”
“Jamuan apa?”
“Ulangtahun perkahwinan ayah dan ibu saya,” balas Hanna.
“Tengoklah nanti,” balas Adi. Dia menghilang di balik pintu kereta.
*
Adam memerhati Hanna dari tempat duduk penonton yang disediakan di tepi gelanggang. Hans dan Alex asyik dengan tugas mereka masing-masing. Beberapa orang pelajar meninggalkan tempat itu apabila terasa sengatan sinar mentari. Akhirnya hanya tinggal Adam seorang sahaja yang masih di situ.
“Adam, awak buat apa?” tegur Alex.
Adam tidak membalas.
“Saya tahu. Awak sedang perhatikan Hanna, bukan?”
Adam sekadar membalas dengan senyuman.
“Sampai bila awak mahu sembunyikan perasaan awak? Awak hendak tunggu sampai dia pindah?”
Adam masih tidak membalas.
“Haruskah aku menanti cinta ini, kerna kau masih tidak mengerti hatiku..” Alex menyanyikan bait lagu itu untuk Adam.
“Diamlah, Alex,” desis Adam.
“Haruskah aku menahan perasaan? Tidak sanggup kau bermain di fikiranku..” Alex menyambung.
“Alex! Janganlah. Nanti Hans dengar,” ujar Adam separuh berbisik.
“Saya sudah tahulah, Adam,” kata Hans. Suaranya begitu dekat dengan telinga Adam.
“Hans! Terperanjat saya!”
Hans tertawa.
“Apa yang awak hendak sembunyikan dari saya, Adam? Saya rasa satu sekolah sudah tahu awak ada hati pada Hanna,”
Adam memandang wajah Hans meminta kepastian.
“Saya cakap betul, Adam,”
“Macam mana mereka boleh tahu? Awak sebarkan ceritakah, Alex?”
“Tidak adalah, Adam. Saya pun tidak tahu dari mana mereka dapat cerita ini.”
“Siapa yang tidak boleh meneka kalau tengok Adam asyik melopong bila Hanna bermain?” ujar Hans.
Adam tersipu sendiri. Dia menekup wajah dengan dua tangannya.
*
“Hans, Encik Akmal panggil awak ke bilik kaunseling. Sekarang,” ujar Hanna. Dia terus duduk di tempatnya.
Hans tergesa-gesa meminta izin untuk keluar daripada guru yang mengajar.
“Ada apa, Hanna?” tanya Adam.
“Saya tidak tahu. Macam ada benda penting saja,”
Alex terus tekun menyalin nota yang ditulis di papan di hadapan kelas.
Adam gelisah. Pen di tangannya sudah dilepaskan.
“Adam, jangan mengada-ada. Salinlah nota itu. Saya mahu pinjam nota awak nanti,”
Adam tersengih.
“Awak salinlah yang selebihnya. Saya sudah salin masa awak tidak ada tadi,” ujar Adam.
“Adam, tolonglah. Mana sempat saya hendak salin semua,” desak Hanna.
Dengan berat hati, Adam menurut. Fikirannya masih tertumpu pada Hans.

Friday, September 10, 2010
Adam Qaiser Ep 14
Selepas seminggu Adam sedarkan diri, dia semakin pulih. Hanya tangannya yang patah mengambil masa sedikit lama untuk sembuh sepenuhnya. Adam tidk keluar dari rumah sepanjang minggu itu, tetapi perkataan rehat tidak pernah muncul dalam hidupnya. Semuanya kerana desakan Natrah dan Ashraf. [Sila rujuk Ep 1]
Adam menganggap perlawanan antara dia dan Shell sebagai satu pengajaran buatnya. Selepas ini dia akan berhadapan dengan musuh yang lebih bijak dan handal. Nemesis pasti akan memunculkan diri bila-bila masa sahaja. MAsa semakin suntuk untuk ditunda. Dengan bantuan Ashraf, Adam mula berlatih semula.
Ashraf berdiri tenang di hadapan Adam. Adam pula kelihatan seperti sudah bersedia untuk memulakan serangan pertama.
"Awak yakin awak boleh kalahkan saya?"
"Mestilah!" balas Adam.
"Bagaimana dengan tangan awak?"
"Perlukah aku gunakan tangan aku untuk berlawan?" tanya Adam kembali.
"Ikut awaklah,"
Ashraf mengeluarkan dua batang besi, bersedia untuk menahan sebarang serangan.
Adam mengaktifkan Shutter Passnya dan dalam sekelip mata dia sudah berada di hadapan Ashraf. Satu tendangan dihalakan ke arah Ashraf dan Ashraf bertindak pantas dengan menahan serangan itu. Serangan Adam membuatkan Ashraf berundur beberapa tapak ke belakang.
Ashraf bukan calang-calang orang. Serangan itu membolehkan Adam menewaskan beberapa orang dalam satu masa, dan itu juga tendangan sama yang digunakan Adam untuk mematahkan batang pokok dalam usaha menyelamatkan Sheila.
"Tendangan awak sudah cukup kuat, tetapi belum cukup laju. Shutter Pass membolehkan awak bergerak laju, tetapi inisiatif awak lebih penting. Tidak kira berapa laju sekalipun, awak akan berhenti terlebih dahulu sebelum melakukan serangan. Momentumnya kurang," komen Ashraf.
"Ia juga memberi peluang kepada lawan untuk mengelak atau melakukan serang balas. Ingat, 0.01 saat itu sangat berharga." sambung Ashraf.
Adam berundur beberapa tapak ke belakang. Giliran Ashraf menyerang.
Ashraf melibas batang besi ke arah Adam. Adam menahan serangan itu dengan kaki. Mujur saja dia memakai pelindung. Jika tidak, latihan itu akan tamat dengan lebih cepat.
Ashraf melakukan serangan kedua. Adam sempat mengelak, tetapi dia terlepas serangan ketiga. Fungsi Shutter Pass telah tamat, menyebabkan Adam bergerak lebih perlahan. Datu serangan dari Ashraf tepat mengenai perut Adam.
"Kalau ini perlawanan sebenar, awak dah mati," kata Ashraf.
***
Selepas lebih kurang sejam berlatih, Adam memutuskan untuk berehat. Luka yang dialaminya membuatkan Adam menjadi lebih lemah dari kebiasaannya. Ashraf masih kelihatan bertenaga.
"Ada khabar terbaru?" tanya Adam.
"Belum lagi. Nemesis masih belum bertindak, tapi kami sedang bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan." balas Ashraf.
"Dapat hubungi Aliya?"
"Dia akan muncul apabila kita perlukannya. Dia ada cipta senjata baru untuk awak,"
"Senjata?"
"Lebih kurang begitulah. Malam ini dia akan hantar," Ashraf memberitahu.
"Baguslah kalau begitu,"
"Saya beransur dahulu,"
"Silakan," balas Adam.
Ashraf meninggalkan Adam. Dengan motosikal, dia memecut laju. Namun apabila tiba di pusat bandar, jalan raya begitu sesak. Dia mengambil keputusan untuk menggunakan jalan pintas.
Ashraf membelok ke belakang sebuah bangunan. Beberapa ketika kemudian, dia ternampak kelibat beberapa orang sedang mengepung seorang lelaki tua.
"Orang muda, saya tidak ada duit," kata lelaki tua itu.
"Celaka punya orang tua! Jangan nak menipu!" kata Abang Red.
"Oh, penuh dengan karisma," desis Abang Blue.
"Penjahat sejati," tambah Adik Pink.
Orang tua itu benar-benar tidak membawa wang bersamanya. Abang Red mengeluarkan sebilah pisau dan menikam lelaki tua itu. Oleh kerana pisau itu sebenarnya hanya pisau mainan, lelaki tua itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kenapa kena guna pisau mainan?" tanya Adik Pink.
"Bodoh! Kalu guna pisau betul, lelaki tua itu akan mati tanpa rasa sakit!" balas Abang Blue.
"Wah! Sungguh bergaya!" balas Adik Pink.
"Apa yang kamu semua buat?" sergah Ashraf.
"Oh, ada orang nak jadi wira!" kata Abang Red.
Ashraf tidak membalas dan hanya menanti reaksi mereka seterusnya.
"SERANG!" arah Abang Red. Mereka bertiga menyerang Ashraf secara serentak.
Serangan mereka bertiga dengan mudah dipatahkan oleh Ashraf.
"Saya tidak pernah berjumpa dengan orang seperti kamu," getus Ashraf. Terdengar Abang Red tertawa kecil. Halus, tetapi menyeramkan.
"Nanti dulu," desis Abang Blue. Dia kelihatan takut.
"Kenapa?" tanya Adik Pink.
Abang Red mengeluarkan sebilah pedang yang sebelum ini disimpan di belakangnya.
"Kau yang paksa aku gunakannya,"
"Habislah. Abang Red sudah naik angin," kata Abang Blue.
"Apa yang sedang berlaku?" tanya Adik Pink.
"Itulah The Forbidden Sword. Pedang itulah yang digunakan oleh Black Fedora. Pedang ini telah ditempa semenjak seribu tahun yang lalu. Ia dikatakan dapat membelah apa sahaja, termasuk awan dan laut," kata Abang Blue.
Abang Red menghunuskan pedang itu. Awan mula bertukar gelap. Kilat sambar-menyambar.
Mungkinkah riwayat Ashraf hanya sampai di situ?
__________
Agak terlambat minggu ini. Rayalah katakan..

Sunday, September 5, 2010
Haruskah Ep 14
Hanna mengesat-ngesat matanya dengan kekura tangan. Jam loceng yang baru saja dimatikan dilempar ke dalam laci meja sisi katil. Dia merenung ke arah kalendar yang dilekatkan di pintu almari. Bulatan besar berwarna merah menghiasi salah satu tarikh yang tertera.
“Esok hari ulangtahun Alex. Kena ingatkan Adam dan Hans. Manalah tahu kalau dia sudah habis merajuk. Kalau belum pun, inilah masanya hendak memujuk,” desis Hanna sendirian. Dia segera bersiap untuk ke sekolah.
“Hanna, tidak sarapan dulukah?” tegur Nadia. Hanna melihat ayahnya sedang menikmati sarapan pagi yang dibuat oleh ibunya.
“Macam sedap saja. Ibu yang memasak?” tanya Hanna.
“Kalau sudah tahu sedap, makanlah. Bukannya selalu kita bersarapan bersama. Kebetulan pagi ini ibu tidak ada janji temu dengan klien. Ayah pun tidak ada kerja luar,”
Hanna membatalkan hasratnya untuk terus ke sekolah. Dia meletakkan beg di atas sofa di ruang tamu dan duduk berhadapan dengan ayahnya.
“Tergesa-gesa saja ayah tengok tadi. Hendak ke mana? Bukankah masih awal lagi?”
“Hendak ke mana pun, yah? Ke sekolahlah,”
“Nanti ayah hantarkan,” ujar Azim apabila melihat Hanna asyik merenung ke arah jam. Hanna tersipu-sipu tatkala menyedari dirinya diperhatikan.
*
Alex melangkah masuk ke kawasan sekolah tanpa menoleh ke tempat Hanna selalu menanti apabila diarahkan bertugas di pintu pagar utama. Dia terus menuju ke tempat letak basikal. Entah mengapa, pagi itu sekolahnya kelihatan lengang daripada pelajar berpakaian seragam pengawas.
“Ah, mereka pakai baju biasa agaknya. Macamlah aku sendiri rajin sangat pakai seragam pengawas,” desis Alex.
Langkahnya diatur menuju ke kelas. Tempat duduk Adam kosong. Alex menoleh ke meja Hans dan Hanna pula. Beg mereka berdua juga tidak ada di tempat masing-masing seperti kebiasaannya.
“Di bilik pengawas agaknya,” bisik Alex. Dia meletakkan begnya dan terus meninggalkan kelas. Apabila tiba di bilik gerakan pengawas, Alex mendapati pintunya berkunci. Dia membelek-belek buku tugasan pengawas yang diletakkan di atas meja di luar bilik itu.
“Hanna saja yang bertugas hari ini. Ke mana pula perginya budak berdua itu? Pintu ini pun siap diletakkan kunci tambahan lagi,”
*
Adam dan Hans langsung tidak kelihatan di sepanjang sesi pembelajaran sebelah pagi. Hanna pula sekejap-sekejap keluar dari kelas. Tidak sempat Alex hendak bertanya apa-apa.
Alex segera mengemaskan buku-bukunya apabila loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba. Hanna tidak membuang masa. Sebaik sahaja loceng berbunyi, dia terus meninggalkan kelas melalui pintu belakang tanpa menanti guru mereka keluar terlebih dahulu seperti selalu.
“Apa kena pula dengan dia hari ini?” desis Alex. Dia melangkah perlahan-lahan ke arah kantin.
Kelibat beberapa orang pelajar yang bercakap dengan suara kasar di tepi kantin membantutkan niat Alex untuk membeli makanan. Dia mendekati pelajar-pelajar itu.
“Ikut saya ke bilik pengawas sekarang,” arah Alex kepada mereka. Pelajar-pelajar itu menurut tanpa bantahan. Beberapa orang malah sempat mengiringkan senyuman antara satu sama lain dan mengangguk-angguk. Alex menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
*
“Ada apa, Alex?” tanya Hanna apabila melihat Alex berdiri di hadapan pintu bilik gerakan pengawas.
“Pelajar bergaduh di kantin. Tidak adakah pengawas yang bertugas?” tanya Alex setelah memastikan pelajar-pelajar yang ditangkap di kantin tadi masuk ke bilik gerakan.
“Saya tidak tahu pula. Eh, masuklah! Takkan awak mahu berdiri di luar saja?”
Alex memasuki bilik gerakan. Hanna menutup pintu di belakangnya.
“Adam! Hans! Kalian berdua tidak masuk ke kelas tadi. Saya ingatkan kalian tidak datang,” ujar Alex tatkala melihat kelibat dua orang temannya itu.
“Ke mari awak,” ajak Adam. Dia menarik tangan Alex dan membawanya ke bilik Ketua Pengawas. Adam menyuruh Alex masuk mendahuluinya.
Alex terpaku di depan pintu.
“Pandai kalian kenakan saya! Siapa yang punya kerja?” sergah Alex. Dia memandang keliling. Hampir kesemua pengawas ada di bilik itu termasuklah pelajar yang dilihatnya seperti sedang bergaduh di kantin tadi. Baru dia terperasan lencana pengawas yang mereka sembunyikan di dalam poket baju. Rupanya mereka berpakat membawanya ke situ.
Geram benar Alex. Habis pakaiannya berkilau-kilau kerana ditimpa oleh kotak berisi serbuk kilat yang sengaja diletakkan di atas pintu. Adam menunjuk ke arah Hanna. Hanna pula menunjuk ke arah Hans. Hans mengangkat bahu tanda tidak tahu.
“Hanna!” Suara Alex bergema di seluruh bilik itu. Bingit tempat itu dibuatnya. Mujurlah bilik gerakan pengawas terletak di bangunan yang berasingan daripada bangunan kelas.
Puan Asma yang menjadi penasihat Badan Pengawas Sekolah pada tahun itu hanya memerhati sambil tersenyum.
“Hadiah untuk awak. Pemenang Pertandingan Merajuk Paling Lama,” ujar Hanna sambil cuba melarikan diri daripada terus dikejar olah Alex. Pengawas yang lain tertawa geli hati melihat kelakuan mereka.
“Jangan lupa kemas nanti. Saya hendak pergi mesyuarat sekarang. Pastikan pengawas bertugas mengawal keadaan kelas,” pesan Puan Asma kepada Adam sebelum meninggalkan mereka.
“Patutlah sekejap-sekejap keluar kelas. Rupanya ada pakatan kenakan saya.” gerutu Alex.
“Awak masih marahkan kami lagi?” tanya Hans. Alex tersenyum. Dia mendekati Hans dan menyapukan serbuk kilat yang masih berbaki di tangannya ke wajah Hans. Adam segera menjauhkan diri.
*
Hans kelihatan sibuk dengan dunianya sendiri. Komputer ribanya menjadi teman setia yang sentiasa di sisi. Pernah juga Adam bertanya tentang apa yang dilakukan dengan komputer itu, tetapi Hans sekadar menjawab dengan senyuman.
“Adam, kalau awak ada terjumpa apa-apa pertandingan menulis, beritahu saya.” ujar Hans.
“Rajinnya awak hendak ikut pertandingan itu. Kalau saya, malas benar hendak menghabiskan satu karangan,” balas Adam.
“Itu awak. Saya tidak pandai tengok kertas dibazirkan begitu saja. Lebih baik saya gunakan untuk menulis,”
“Habis, apa yang awak buat di depan komputer itu saban waktu?”
“Saya salin semula draf karangan itu. Tidaklah hilang,” balas Hans.
Adam mengakui kemahiran Hans dalam aspek bahasa amat tinggi berbanding keupayaannya sendiri. Mungkin kerana pengaruh didikan istana yang tidak begitu mendedahkan Adam kepada bahasa luar. Setakat ucapan selamat, bolehlah dituturkannya dalam bahasa asing.
“Apa yang awak buat dengan hasil tulisan awak itu nanti?”
“Itulah sebabnya saya minta awak beritahu saya bila ada pertandingan. Bolehlah saya ikut serta. Sebahagiannya saya dah hantar kepada penerbit majalah. Ada juga duit sikit bila mereka bayar honorarium,” ujar Hans.
Adam mengangguk tanda faham.
*
“Hanna, saya mahu awak datang latihan petang ini,” ujar Puan Linda.
“Tapi puan, bukankah petang ini ada sesi latihan untuk pelajar kelas rendah?”
“Ya. Saya mahu awak buat demonstrasi cara permainan profesional pada mereka,”
“Saya bukannya pandai sangat, puan.”
“Jangan lupa bawa pasukan awak sekali,” kata Puan Linda tanpa mengendahkan alasan-alasan yang cuba diberikan oleh Hanna.
Hanna hanya mampu mengangguk. Apabila kelibat Puan Linda hilang dari pandangan, Hanna segera mendapatkan sahabat-sahabatnya.
“Apa yang Puan Linda beritahu?” tanya Adam.
“Dia mahu saya datang latihan petang nanti,”
“Kalau begitu, awak pergilah.”
“Tapi bagaimana dengan kerja rumah saya? Kalau kalian siapkan petang ini, siapa pula hendak bantu saya?”
“Tidak mengapa. Nanti saya ajar awak,” Alex menawarkan diri.
“Tidak mahulah saya. Nanti asyik bergaduh saja.Ada latihan Ilmu hisab lagi. Nanti saya terpaksa siapkan sendiri juga,” balas Hanna.
“Biar saya yang ajar awak. Awak boleh datang ke rumah saya malam ini?” kata Adam.
“Boleh. Tapi mungkin saya akan terlewat sedikit. Saya terlupa hendak tanya latihan itu habis pukul berapa.”
Alex bingkas bangun meninggalkan teman-temannya.
Adam mengejarnya dari belakang.
“Alex, awak hendak ke mana?”
“Bilik gerakan,” balas Alex tenang.
“Awak marahkah?”
Alex tersenyum hambar.
“Buat apa saya hendak marah. Kalian semua sahabat saya,”
“Baguslah. Saya risau jadi macam hari itu. Penat kami cari jalan pujuk awak. Kuat merajuk juga awak rupanya,”
Alex tertawa.
“Adam, saya bukan perempuanlah. Mana ada masa saya hendak merajuk lama-lama. Buang karan saja. Awak tidak mahu balik ke kelaskah?”
“Awak?”
“Saya ada kerja. Saya baru teringat hendak buat. Sekejap lagi saya masuklah,” Alex cuba meyakinkan.
*
Adam menanti Alex di pintu masuk kafe. Hans sudah di dalam, menyiapkan karangan yang hendak dihantarnya kepada sidang redaksi majalah sekolah. Terik mentari meresahkan Adam.
“Maaf, saya terlambat.” ujar Alex sambil memegang bahu kiri Adam. Sebahagian berat tubuhnya ditumpukan di situ.
“Tidak mengapa. Asalkan awak datang, sudah cukup bagi saya,”
“Hans mana?”
“Di dalam sana. Panas katanya di luar. Lagi pula, talian hayatnya ada di dalam sana,” kata Adam sambil tertawa kecil.
“Hanna?”
“Dia ada latihan petang ini. Awak lupa?”
“Betul juga,”
Alex mengekori langkah Adam ke arah Hans yang masih khusyuk dengan tugasnya.
“Sudah siap?” Adam bertanya.
“Sikit lagi. Nanti saya siapkan di rumah sajalah,” balas Hans. Dia segera menyimpan komputer ribanya ke dalam beg dan mengeluarkan buku rampaian.
“Awak pesan air sampai empat buat apa, Adam?” tanya Alex.
“Nanti saya hantarkan pada Hanna. Saya sudah berjanji temankan dia pulang petang ini. Takut berjalan sendirian katanya,” ujar Adam. Dia meletakkan gelas yang lebih di atas kerusi kayu yang disandarkan di dinding.

Tuesday, August 31, 2010
Adam Qaiser Ep 13
Adam masih berasa pening. Pandangannya agak kabur, tetapi dia yakin bahawa gadis di hadapannya adalah Natrah.
"Natrah?" tanya Adam. Dia teringat bahawa sebelumnya dia sedang bertarung dengan Shell.
"Abang!" jerit Natrah seraya memeluk abangnya.
"Apa yang sudah berlaku?" tanya Adam, masih bingung.
"Abang cedera parah. Mujur kami jumpa abang," kata Natrah dengan riak risau yang belum hilang.
"Macam mana Natrah jumpa abang?"
"Cuma seorang saja yang boleh jejak kau dengan mudah," Ashraf menyampuk.
"Ashraf? Aku di mana sekarang?"
"Di bilik abanglah," kata Natrah.
"Tapi macam mana kau boleh ada di sini?" tanya Adam lagi.
"Walaupun awak mampu pulih dua kali ganda lebih cepat daripada manusia biasa, awak masih perlukan rehat," kata Ashraf tanpa menjawab soalan Adam.
"Boleh saya bercakap dengan abang awak sebentar?" tanya Ashraf kepada Natrah.
Natrah tidak banyak bicara, sebaliknya hanya menganggukkan kepala. Dia kemudiannya keluar dari bilik Adam, memberikan Adam dan Ashraf ruang untuk berbincang.
"Apa yang berlaku?"
"Awak beritahu dulu apa yang berlaku," pinta Ashraf.
"Aku bertarung dengan Shell; dan aku, kalah?"
"Kau menang," balas Ashraf.
"Apa?"
"Shell sudah mati. Tapi melihat awak cedera parah seperti ini adalah sesuatu yang ganjil. Awak bukan bertarung dengan penjenayah Rank-B atau Rank-A untuk mendapat kecederaan seperti ini. Awak
bertuah kerana mempunyai sel pemulihan yang kuat, dan dengan bantuan Natrah, sel-sel itu berkali ganda lebih kuat,"
"Tenaga dia terlalu kuat untuk aku lawan selepas mengambil sejenis dadah, atau, apa-apa saja, yang dia suntik ke dalam badan dia sebelum kami berlawan,"
"Suntikan?"
"Ya. Ada kaitan dengan Nemesis," balas Adam.
"Nama dia muncul secara tiba-tiba, dan dia seolah-olah ketua bagi segala jenayah yang berlaku kebelakangan ini," kata Ashraf.
"Dia ada kaitan dengan Black Fedora, mungkin," kata Adam.
"Jika dia ada sangkut-paut dengan Black Fedora, masalah kita semakin rumit,"
"Beritahu aku fasal Black Fedora," pinta Adam.
"Tidak banyak maklumat mengenai lelaki ini. Dia adalah salah seorang penjenayah Rank-S."
"Ada lagi penjenayah Rank-S?"
"Empat orang semuanya. Tiga sudah mati, yang masih hidup hanya Black Fedora, dan dia menghilangkan diri secara misteri tiga tahun yang lalu,"
"Bagaimana aku boleh sampai ke sini?" tanya Adam.
"Budak itu yang beritahu," kata Ashraf.
"Siapa?"
"Siapa lagi?" tanya Ashraf kembali.
"Aliya?"
"Dia yang beritahu Natrah. Natrah ke sana seorang diri, bawa kau balik ke rumah dan rawat kau. Kau takkan mahu tahu apa yang dia buat untuk pastikan kau macam sekarang," kata Ashraf.
Adam cuba bangun dari katil. Ternyata bukan mudah. Dengan bantuan Ashraf, Adam mampu berdiri.
"Aku nak jumpa Natrah,"
Adam keluar dari bilik dan ternampak kelibat Natrah sedang tidur di sofa di ruang tamu.
"Dia tidak tidur sepanjand awak tidak sedarkan diri," Ashraf memberitahu.
"Berapa lama?"
"Kau nak aku cakap dalam hari atau minggu?" tanya Ashraf kembali.
"Lupakan saja,"
Adam menghela nafas dalam, terharu dengan pengorbanan adiknya. Melihat kertas di tangan Natrah, Adam mengambil dan membaca isinya. Tiba-tiba dia berasa sebak.
"Kenapa?"
"Bil upah dia rawat aku. Sampai 3000G. Mana aku nak korek?"
Mahu saja rasanya Adam menarik telinga adinya yang sedang nyenyak itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)